Hey jejaka Si gadis ada rahsia buatmu!



Khas untuk golongan lelaki yang sering kebuntuan bagaimana mahu memenangi hati si gadis yang dicintai, di sini ada tips untuk kamu. Jom bongkar apakah tindakan yang harus diambil oleh kaum Lelaki bagi memikat dan menawan hati si gadis yang dipuja . Oh, so sweet!
Rahsia Kepentingan Berkomunikasi

Kebanyakan gadis memang suka berterus terang. Daripada memendam perasaan, baik si dia berkata apa yang terbuku di hati. Si gadis sering berkomunikasi berlandaskan fikiran dan perasaan walaupun ada kalanya agak menyakitkan bagi yang mendengar. Jadi,apabila teman wanita kamu mahu berkata sesuatu, dengarlah penuh teliti dan renunglah matanya. Pasti si dia akan gembira kerana kamu mengambil perhatian atas apa yang dikatakannya itu.

Rahsia mengambil berat tentang si dia

Sebagai seorang lelaki ada masanya kamu perlu meyakinkan si dia yang kamu ambil berat terhadapnya. Kata-kata juga memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran hubungan. Jika kamu berterus terang, haruslah sejujur dan seikhlasnya. Bukan setakat mengambil berat tentang kesihatan saja, malah kamu juga harus peka dengan perasaan dan emosinya.

Rahsia hargailah perasaan si dia

Bila sudah peka dengan perasaannya, hargailah apa yang ada di sudut hatinya. Bagi seorang gadis, perasaan sangat penting buat dirinya. Jadi tidak hairanlah sekiranya si dia sering bertindak mengikut perasaan dan kata hatinya. Jangan sesekali kata yang si dia selalu sangat mengikut perasaan tanpa berfikir. Ia akan membuatkan si dia terluka oleh sikap kamu itu. Sebaliknya kamu harus membimbingnya bagaimana cara untuk mengatasi perasaan dengan cara berfikir dahulu sebelum bertindak. si dia akan
berasa terharu kerana kamu dapat menerima perasan yang dialaminya.

Rahsia ingin dihormati

Siapa kata gadis yang lemah lembut tidak wajar dihormati? Kamu juga harus menghormati dirinya sebagaimana kamu mahu dihormati. Bagaimana mahu menghormati si dia? Kamu seharusnya mengakui kebolehan, kehebatan,dan keistimewaan yang terdapat dalam diri si dia. Kamu tidak harus sesekali memperkecilkan keupayaan, memandang rendah terhadap si dia. Sebaliknya,kamu memberi sokongan terhadapnya agar dirinya terasa dihormati sewajarnya.

Rahsia suka dibelai dan dimanja

Sudah sikap semula jadi seorang gadis yang suka dimanja dan dibelai. Jadi tidak salah seandainya kamu manjakan si dia, tanda sayang dan cinta kamu terhadapnya. Kamu juga boleh melalukan kejutan seperti menghantar SMS mengatakan kamu amat mencintainya, membelikan bunga, hadiah ataupun mengirimkan kad ucapan pada bila-bila masa. Mungkin juga kamu boleh menggenggam jarinya ketika berjalan seiringan dengannya.

Rahsia puji-pujian

Kebanyakan golongan gadis berasa risau andai penampilan mereka tidak kemas dan paras rupa mereka kurang menarik. Jika penampilan si dia menarik, lemparkan kata-kata pujian agar si dia terasa dihargai. Tapi,jangan sesekali kamu memberikan kritikan yang boleh melukakan perasaannya.

Rahsia ucapkanlah cinta

Jika kamu gementar untuk mengucapkan kalimah CINTA secara lisan, mungkin kamu boleh menggunakan cara lain. Misalnya,luahkan perasaan kamu melalui puisi ataupun lagu yang mengandungi katakata indah penuh bermakna. Andai kamu benar-benar mencintainya, kamu seharusnya tidak segan silu untuk melafazkannya kerana pasti si dia amat menghargainya. Yakinkan diri kamu untuk berani berhadapan dengannya, meluahkan rasa cinta kamu yang utuh dengan sejujurnya.

Rahsia tidak merimaskan

Sebenarnya golongan gadis kurang selesa apabila mendapat seorang kekasih yang turut menjadi perhatian orang lain atau suka membangga diri. Ia akan membuatkan dirinya rimas dengan kelakuan kamu itu. Seeloknya kamu bersikap sederhana dan merendah diri. Jika kamu ingin mengetahui si dia rimas atau tidak dengan sikap kamu, perhatikan gerak-gerinya. Bahasa tubuhnya pasti akan memberikan jawapan kerana sering kali si gadis sukar menyembunyikan emosinya melalui gerak laku walau pun memilih untuk diam membisu.

Rahsia fahami emosi si dia

Perempuan memang kaya dengan emosi. Oleh sebab itu, kamu mesti memahami emosinya. Kaum perempuan juga mudah mengalirkan air mata, tanda sedih atau gembira. Jiwanya juga mudah terusik walaupun hanya kerana perkara kecil dan remeh-temeh.

Rahsia rasa selamat

Sebagai lelaki, kamu dianggap pelindung dan hero pada si dia. Maka, kamu harus bersikap begitu terutamanya apabila si dia amat memerlukan kamu. Si dia akan rasa lebih selamat andai kamu berada di sisi terutamanya pada saat getir. Tetapi, pastikan kamu tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia boleh menghilangkan kepercayaannya terhadap kamu. Kamu perlukan bersikap lebih bertanggungjawab agar si dia mempercayai dan menghargai kamu sebagai pelindungnya.



p/S : Bagi korang yang ingin mengambil hati si DIA , buat la ape yang sepatutnya seperti di atas... OKAY good luck !

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment